Selain menjadi tapak tadahan air untuk kegunaan kepada rakyat Selangor, sungai ini juga menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Sebagai contoh Air Terjun Sungai Congkak. Tapak rekreasi ini memang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Selain Sungai Congkak ini, Selangor mempunyai banyak lagi pusat rekresi yang seumpamanya seperti di Sungai Tua, Ulu Yam dan banyak lagi.
Sungai Congkak ini terletak di daerah Hulu Langat. Kalau kita datang dari arah Ampang, kita akan merentasi sebuah bukit yang cukup tinggi sebelum sampai ke Pekan Hulu Langat ini. Sungai Congkak ini memang amat sesuai sebagai tempat merehatkan fikiran setelah sibuk bekerja di bandar yang penuh sesak. Selain itu, tapak rekreasi ini juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk program perkhemahan khususnya dari golongan pelajar dan mahasiswa.
Saya rasa Selangor memang unik kerana selain mempunyai bandar-bandar yang pesat membangun, ia juga masih menyimpan khazanah alam yang cukup terpelihara. Pergilah melancong ke Air Terjun Sungai Congkak....Salam
“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”