Apa itu Merakyatkan Ekonomi Selangor???
Salam....sehingga sekarang, masih ramai dari kalangan rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor yang masih tertanya-tanya.....Apa itu Merakyatkan Ekonomi Selangor???
Merakyatkan Ekonomi Selangor ataupun singkatannya MES merupakan satu perancangan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Apa yang ada pada MES ini???...Jawabnya, MES ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam menjadikan Selangor sebagai negeri idaman bagi setiap warganya.
Slogan MES yakni “Hasil Negeri Untuk Rakyat” sudah jelas menggambarkan tujuannya yang murni. MES ini dilancar bagi memastikan setiap pendapatan dan hasil mahsul negeri dipulangkan semula kepada rakyat Selangor dalam pelbagai bentuk. Pada awalnya, MES ini mempunyai 7 agenda. Kemudiannya, ianya ditambah dari masa ke masa mengikut kesesuaian dan keperluan rakyat Selangor.
Secara umumnya, terdapat 13 agenda yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor dibawah program MES ini. Agenda tersebut adalah:
1. Air Percuma 20m3 setiap bulan
2. Skim Mesra Usia Emas
3. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
4. Pusat Khidmat Krisis Sehenti
5. Hadiah Anak Masuk Universiti
6. Tabung Anak Pekerja Ladang
7. Peningkatan Hasil Galian
8. Skim Kesihatan Wanita
9. Skim Mikrokredit Miskin Bandar
10. Skim Mikrokredit Selangor
11. Pusat Dialisis Rakyat
12. Kemudahan Cuti Tambahan
13. Program Tuisyen Rakyat
Secara jujurnya, saya akan berasa sangat bertuah sekiranya saya menjadi warga Selangor. Tetapi, malangnya saya bukanlah rakyat Selangor....Untungnya rakyat Selangor kerana segala khidmat bakti pada negeri dibalas dengan adil tanpa mengira bangsa, status dan latar belakang. Sebelum itu saya selitkan video “Layar Rakyat” yang secara khusus menerangkan konsep MES ini.....Salam
“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....
[Sumber: Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor]