Saturday, 1 October 2011

Skim Mikrokredit MiMBAR membantu rakyat Selangor


            Skim mikrokredit untuk penduduk bandar (MiMBAR) yang dilancarkan pada 3 Mac lalu dengan dana permulaan RM20 juta telah berjaya memberi pinjaman mudah antara RM1000 – RM3000 kepada hampir 1200 peserta. Skim ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah bagi mendapat pendapatan yang lebih baik untuk keluarga melalui bidang perniagaan berskala kecil dan sederhana. Menurut EXCO Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail apa yang membanggakan Kerajaan Negeri ini mampu mengelak atau mencegah golongan yang terdesak modal daripada bergantung kepada golongan peminjam tanpa lesen atau Ah Long

Menurut Rodziah, pihaknya mendapat banyak ucapan terima kasih terhadap langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan MiMBAR yang dapat melepaskan mereka daripada terperangkap dengan pinjaman Ah Long. Skim MiMBAR memberikan pinjaman mudah kepada semua golongan masyarakat diantara RM1000 dan RM3000 sebagai modal atau tambahan modal sesuatu perniagaan yang dijalankan.

Pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh setahun dan selepas selesai pembayaran pemohonan baru boleh dipinta lagi. Antara syarat untuk memperoleh mikrokredit MiMBAR adalah adalah seperti berikut:

1)      RM1500 tanpa anak
2)      RM2500 berkahwin anak kurang daripada 4 orang
3)      RM3000 berkahwin, anak lebih daripada 3 orang
4)      Warganegara Malaysia berusia 21-60 tahun
5)      Warga Selangor / bermastautin lebih daripada 10 tahun
6)      Memiliki aset tidak lebih daripada RM50000 dalam segala bentuk
7)      Menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar negeri Selangor
8)      Mengikut syarat-syarat program yang telag ditentukan
9)      Tidak mendapat sebarang bantuan dari SKIMSEL, AIM dan TEKUN atau program mikrokredit seumpamanya
10)  Mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui
11)  Wajib menghadiri latihan MiMBAR dan menyertai program susulan RANGKAIAN MiMBAR
12)  Kawasan bandar yang tiada ketua kampung


Bagi mendaftar atau mengetahui lebih lanjut skim MiMBAR boleh ke pejabat MiMBAR Selangor di:


A23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300 Shah Alam


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment