i-city ini sebenarnya masih baru di negeri Selangor, tetapi namanya sudah tersebar luas ke seluruh Selangor malahan juga Malaysia. Apa tidaknya, tempat seumpama ini hanya satu sahaja di Malaysia. Secara jujur saya katakan, jika anda pergi ke i-city pada waktu siang, mungkin ada tidak akan nampak apa-apa keistimewaan tempat ini. Tiada siapa pun yang mahu singgah pada waktu-waktu tersebut.
Akan tetapi, cuba anda pergi ke i-city pada waktu malam. Mesti anda akan tertarik dan singgah ke tempat ni. i-city yang yang pada waktu siang seolah-seolah bandar biasa, tetapi pada waktu malam ianya menjadi satu-satunya bandar yang paling berwarni-warni di Malaysia ini. Sesuai dengan trademark bandar ini iaitu “tumpuan cahaya dan salji”, tempat ini dihiasi dengan beribu-ribu cahaya lampu neon dan lain-lain lagi.
Tetapi kenapa ada perkataan salji pada trademark tersebut. Sebenarnya, di dalam i-city terdapat satu tempat yang dipanggil SnoWalk. SnoWalk merupakan laluan yang diliputi sajli seperti berada di negara-negara 4 musim. Saya akan menerangkan SnoWalk ini dengan lebih lanjut pada post berikutnya.
Berbalik semula pada i-city tadi, ada pasti terkejut jika melihat suasana yang sesak pada waktu malam di bandar baru ini. Walaupun sudah 1 tahun saya tidak menjenguk tempat ini, saya rasa mesti lebih ramai pengunjung yang melawat ke tempat ini sekarang. i-city memang sangat sesuai dijadikan tempat riadah untuk rakyat yang sudah berkeluarga bagi mencari ketenangan setelah penat bekerja.
Jadi, datanglah beramai-ramai ke i-city bagi merasai sendiri keindahan bandar ini pada waktu malam....Sebelum itu lihatlah video promosi singkat daripada i-city yang sempat saya upload untuk anda semua...Selamat melancong...Salam
“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....
[Sumber: Portal rasmi i-city]
No comments:
Post a Comment