Salam....Kerajaan Selangor yang baru sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan skim yang dikenali sebagai Jom Shopping. Skim ini merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor dibawah agenda Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Untuk pengetahuan anda, skim yang berupa baucer RM100 ini diberikan kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk berbelanja terus bersama wakil-wakil rakyat mereka di pusat beli belah terpilih di negeri Selangor. Skim ini selari dengan hasrat kerajaan negeri yang mana mahu memulangkan hasil negeri kepada rakyat jelata di Selangor.
Skim ini memberi peluang kepada warga emas untuk membeli barangan keperluan sendiri secara terus. Apa yang uniknya saya lihat pada skim ini ialah berhubung dana yang digunapakai. Kerajaan Selangor tidak sama sekali mengusik duit rakyat (duit kutipan cukai) untuk melaksanakan skim ini. Uniknya, kerajaan Selangor menggunakan dana khas yakni keuntungan daripada anak syarikat negeri bagi melancarkan skim yang berfaedah ini. Secara automatik, ia tidaklah membebankan rakyat Selangor.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama barisan exco dan speaker DUN Selangor di majlis perasmian Jom Shopping |
Pada 15 Julai yang lalu, kerajaan Selangor telah mencipta sejarah apabila Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri turun padang merasmikan skim ini di TESCO Kuala Selangor sebagai permulaan bagi skim ini. Seramai hampir 60 orang warga emas yang terpilih daripada DUN Ijok tampil menerima bancer tersebut. DUN Ijok dipilih untuk perasmian kerana mempunyai daftar peserta yang tertinggi pada masa itu.
Hasil daripada skim ini, kerajaan Selangor telah berbelanja hampir RM5-RM10 juta bagi merealisasikan skim ini. Skim ini amat penting bagi memastikan sikap toleransi dan kenal-mengenali antara wakil rakyat, warga emas dan keluarga mereka.
Menteri Besar Selangor di majlis perasmian. Turut kelihatan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad |
Pada pandangan saya, skim ini amatlah baik dan perlu diikut oleh kerajaan negeri yang lain. Walaupun ada sesetengah pihak yang cuba memperlekehkan usaha ini dengan mengatakan nilai yang diberi terlalu “kecil”. Tetapi bagi saya ia adalah “besar” bagi sesetengah warga emas. Apa ertinya melancarkan projek berjuta-juta ringgit tetapi rakyat melopong tidak mendapat apa-apa manfaat daripada projek tersebut. Skim ini ternyata memberi manfaat terus kepada warga emas Selangor yang selama ini membanting tulang membangunkan Selangor sehingga menjadi maju seperti sekarang. Salam....
Salah seorang wagra emas tersenyum gembira di program tersebut |
Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata sesuatu dengan warga emas semasa program berlangsung |
“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....
[Sumber: Selangorkini Online]
No comments:
Post a Comment