Tuesday, 9 August 2011

Penjenamaan semula Universiti Selangor



Exco pendidikan, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan, Dr Halimah Ali menjelaskan penjenamaan semula Universiti Selangor atau unisel adalah bertujuan untuk mencapai taraf antarabangsa dan bukan hanya setakat universiti kampung sahaja. Menurut Halimah, dia bukan sekadar penukaran nama tetapi untuk memastikan visi dan misinya yang jauh lebih baik berbanding unisel ketika dikuasai pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau berkata Universiti Selangor menjadi pemangkin kemajuan intelek, ekonomi dan sosial yang bersifat madani bukan terhad kepada pembangunan industri semata-mata. Beliau menjawab soalan bertulis dari ADUN Jeram, Amirudin Sutero pada sidang dewan negeri. Kenyataan Halimah tersebut mendatangkan perdebatan kecil mengenai hala tuju universiti milik kerajaan negeri itu.

Halimah mempertahankan bahawa penjenamaan semula adalah usaha kerajaan Selangor dalam memastikan imej, reputasi dan peranan unisel yang baru difahami. Menurut beliau lagi, unisel sudah diberi lesen untuk mengadakan kursus lebih serius seperti kejururawatan dan perubatan.

Tambah Halimah lagi, unisel telah pun berjaya menjalinkan usaha sama dengan universiti antarabangsa bagi memantapkan pengurusan dan akademik pusat ilmu itu walaupun dibawah kongkongan kerajaan pusat.  



“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....


[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment