Setelah majlis pecah tanah bagi projek perumahan Bukit Botak dilancarkan, kerajaan negeri Selangor tidak sesekali lepas tangan setelah itu. Buktinya, MB Selangor sekali lagi membuat lawatan kerja bagi melihat sendiri perjalanan dan pembinaan rumah di tapak projek tersebut. Hal ini penting bagi memastikan projek yang dilaksanakan anak syarikat kerajaan negeri itu iaitu PKNS berjalan mengikut jadual. Projek yang dijangka siap pada Jun 2012 itu kini telah pun bermula dan sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam membantu rakyat di kawasan tersebut setelah dipinggirkan selama hampir 20 tahun. Ikuti laporan TV Selangor berikut:
Antara penduduk projek perumahan Bukit Botak |
Ketibaan YAB Menteri Besar Selangor disambut penduduk setempat. |
Projek Bukit Botak yang menjadi pertikaian sejak pemerintahan UMNO Barisan Nasional kini berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian sewaktu meninjau perkembangan projek berkenaan semalam. Projek bermasalah sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional itu setelah diambil alih oleh Pakatan Rakyat kini sudah 31% siap.
Turut serta dalam lawatan itu semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Khusrin Munawir, exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan, Iskandar Abdul Samad, Ahli Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan ADUN Hulu Klang, Shaari Shuib. Projek penempatan semula Bukit Botak ini didirikan di atas tanah seluas 201 hektar dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2012 dengan 1422 unit rumah dibina dengan kontrak bernilai RM139 juta.
Ribuan penduduk yang hadir pada majlis tersebut jelas menunjukkan sokongan rakyat kepada projek ini |
Kejayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi lebih 20 tahun oleh penduduk Bukit Botak itu adalah satu kejayaan besar kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Projek penempatan semula ini dikelaskan semula diatas Sesyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta 88. Beliau yang melawat tapak projek itu semalam turut berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pemaju setakat ini.
Ribuan penduduk turut hadir menyambut kehadiran menteri besar disamping melihat beberapa rumah contoh. Munurut Khalid, beliau akan membuat kunjungan sekali lagi dalam tempoh beberapa bulan lagi bagi melihat perkembangan projek berkenaan.
Tan Sri Abdul Khalid memotong reben sebagai simbolik perasmian rumah contoh projek perumahan Bukit Botak |
Sidang media selepas majlis perasmian |
Menurut menteri besar, kunjungannya ke tapak projek semalam adalah untuk mengajak penduduk-penduduk Bukit Botak untuk turut serta bagi membuktikan apa yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat menjadi satu kenyataan.
Pada pandangan saya, rumah merupakan salah satu perkara wajib yang mesti dijaga dan dititik berat oleh kerajaan. Saya cuma berkongsi berita ini bagi menyuruh kita berfikir kenapa projek yang tergendala dan terbengkalai sejak hampir 20 tahun duhulu, kini boleh diselesaikan dalam masa tidak sampai pun 3 tahun. Jadi, cubalah berfikir dengan matang dan bijak...Salam
“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....
[Sumber : TV Selangor]
No comments:
Post a Comment