Saturday 1 October 2011

Generasi muda perlu maju dalam aspek sukan – Datuk Bandar Shah Alam


               Generasi muda hari ini digesa mengambil inisiatif untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik dalam semua aspek agar tidak ketinggalan jauh di belakang berbanding belia-belia di negara luar. Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mohd Jaafar Mohd Atan berkata proses memajukan diri bukan hanya terletak pada akademik semata-mata sebaliknya mengcakupi pembangunan sahsiah yang seiring dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

            Jaafar berkata demikian selepas merasmikan Majlis Karnival Bola Sepak Piala Dato’ Bandar 2011. Beliau dalam pada itu berkata golongan dewasa juga tidak boleh mengetepikan golongan belia yang sentiasa memerlukan perhatian untuk berkongsi masalah secara bersama.

            Justeru kata beliau dengan program seperti karnival bola sepak selain dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain, dapat juga mengcungkil bakat-bakat dalam sukan. Jaafar juga berkata melalui aktiviti sukan dapat memupuk semangat kerjasama di antara belia-belia di sini. Karnival Bola Sepak Piala Dato’ Bandar ini merupakan acara sukan atau kejohanan tahunan yang telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak diisyhtiharkan sebagai bandar raya pada tahun 2000.


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment