TV Selangor



Salam...TV Selangor???..Berapa orang yang kenal media altenatif ni? Bagi saya, dua sahaja perkataan di fikiran saya. tidak tahu”. Masih ramai rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor tidak mengetahui media elektronik ini. Jadi, inilah masalah utama yang dialamai oleh kerajaan Selangor sekarang dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat Selangor.

Saya antara orang yang mengikuti perkembangan media altenatif ini. Adalah amat menyedihkan apabila saya melihat sebahagian besar videonya tidak pun mencapai 100 orang penonton atau viewer. Jadi, di kesempatan ini saya akan memperkenalkan dan mempromosikan media alternatif ini kepada anda semua.

Mungkin pada awal kemunculannya agak sukar untuk diakses, tetapi kini videonya amat mudah untuk ditonton dan dimuat turun. Hal ini kerana TV Selangor telah membuat langkah proaktif dengan membuka saluran di laman Youtube dengan nama saluran “tvselangor09”.

TV Selangor dengan moto “Merakyatkan Informasi” memberi informasi dan maklumat khususnya berkaitan negeri Selangora kepada orang ramai. TV Selangor menyediakan rancangan berita harian melalui slot Warta Selangor. TV Selangor juga menyampaikan berita-berita ringkas melalui Detik Semasa mengikut waktu tertentu sepeti Jam 12, Jam 2, Jam 4 dan banyak lagi.



Selain itu, TV Selangor juga mempunyai rancangan-rancangan sampingan seperti Apa Khabar Selangor. Slot ini amat menarik kerana ia memberi informasi-informasi terkini berkaitan Selangor. Pemimpin-pemimpin peringkat negeri juga dijemput dan ditemuramah di dalam slot ini.

Jadi, saya berpendapat bahawa anda semua harus melawat dan menonton TV Selangor ini bagi mengetahui hal sebenar dalam pentadbiran Selangor. Janglah kita hanya menonton satu saluran sahaja. Lihatlah dari kedua-dua pihak dan buatlah penilaian dengan bijak.

Untuk memudahkan anda semua, disini saya menyediakan link ke saluran TV Selangor. Selamat menonton...


“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....