Friday 7 October 2011

Perjanjian Kerajaan Selangor – Syarikat Jerman

            Golongan belia terutama mahasiswa di negeri Selangor berpeluang mengikuti kursus berkaitan teknologi pembuatan kapal terbang bersama beberapa syarikat dari Jerman apabila Kerajaan Negeri menjalin usaha sama dengan pihak dari negara tersebut yang terlibat dalam bidang berkenaan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri telah mencapai persetujuan dengan pihak syarikat dari Jerman. Berhubung perkara itu menerusi lawatan kerja yang diadakan di negara itu pada 11-16 September lalu.

            Beliau berkata menerusi perbincangan itu, beberapa syarikat dari Jerman menyatakan persetujuan menerima peserta terdiri dari golongan muda atau belia dihantar oleh Kerajaan Negeri bagi mengikuti kursus tersebut. Katanya ia adalah satu peluang keemasan bagi golongan belia terutama mahasiswa untuk mendapatkan ilmu pengetahuan atau menceburi ilmu pembuatan kapal terbang dari negara maju itu.

            Katanya dalam sidang media selepas Majis Perasmian Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) anjuran Kumpulan Peransang Selangor Berhad (Peransang Selangor) di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Turut hadir Pegerusi Peransang Selangor, Raja Idris Raja Kamaruddin dan EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.

            Khalid berkata Kerajaan Negeri akan membiayai peruntukan awal bagi kumpulan belia yang berjaya mengikuti kursus tersebut yang dijangka mengambil masa kira-kira 3 bulan sehingga mereka memperolehi sijil tamat latihan. Menurutnya sekiranya mereka didapati sesuai bagi mengikuti kursus selanjutnya, maka mereka akan dipilih dan akan dibiayai pula oleh syarikat dari negera Jerman itu yang akan dikenalpasti melalui perjanjian dibuat dengan Kerajaan Negeri.

            Jelasnya lagi Kerajaan Negeri akan mengumumkan senarai nama syarikat dari Jerman yang terlibat dalam program itu sedikit masa lagi. Berhubung RKSS, Khalid berkata program anjuran Peransang Selangor yang mensasarkan 1000-1500 siswazah adalah berguna bagi siswazah kerana menlalui kursus yang dikendalikan tenaga pakar dan profesional akan membolehkan golongan itu menerima pendedahan dan ilmu pengetahuan mengenai bidang pekerjaan pernigaan yang akan diceburi mereka.    



“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment