Friday 7 October 2011

Sawah Padi Sekinchan


             Salam..Jangan cakap hanya Kedah sahaja yang mempunyai sawah padi, Selangor juga mempunyai sawah padi khususnya di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Salah satunya terletak di kawasan Sekinchan. Sekinchan ini memang terkenal dengan aktiviti-aktiviti penanaman padi sejak dahulu lagi. Jika anda ke sana, anda akan melihat bentangan sawah padi yang cukup luas dan mendamaikan. Suasananya seakan-akan sama di negeri jelapang padi Malaysia iaitu Kedah.


            Untuk informasinya, Selangor juga turut menyumbang kepada pengeluaran beras di negera Malaysia. Walaupun jumlahnya tidak terlalu tinggi jika hendak dibandingkan dengan negeri Kedah, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu dalam keperluan bagi makanan ruji rakyat Malaysia ini. Jika anda hendak melihat sawah padi ini, anda hanya perlu ke arah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

            Jika anda hendak bermalam dan melihat dengan lebih dekat sawah padi ini, saya sarankan anda menyewa homestay yang disediakan oleh orang kampung seperti di Kampung Sungai Haji Dorani. Selamat melancong...Salam...


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

No comments:

Post a Comment