Saturday 19 November 2011

Hasil negeri untuk rakyat


 Pemberian 20m3 air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat. Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah kerajaan negeri sesuai dengan dasar “hasil negeri untuk rakyat” menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Dasar ini bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI). Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat sentiasa memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh itu, pemberian air percuma ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008. Mengulas lanjut, Pejabat Menteri Besar menyifatkan isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam laporan Ketua Audit Negara sebagai sesuatu yang sepatutnya timbul.

Jesteru, Pejabat Menteri Besar mencabar Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar turut sama mendedahkan peruntukan yang disalurkan oleh unit penyelarasan pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.

            Bagi saya, laporan Ketua Audit Negara tu benar dari sudut untung rugi syarikat. Tetapi bagi saya ia tidak boleh diperbesarkan seolah-olah ia satu kesalahan dan kegagalan besar kerajaan negeri. Adakah salah sebuah syarikat kerajaan negeri menanggung hutang kerana mahu membantu rakyatnya?..Apa yang peliknya? Kalau rugi kerana rasuah ataupun penyelewengan itu barulah dianggap gagal.

            Satu lagi, Kerajaan Selangor mempunyai banyak lagi anak syarikat lain yang meraih keuntungan besar. Sudah tentulah syarikat-syarikat ini akan memstabilkan mana-mana yang rugi. Inikan asas ilmu perniagaan!!..Salam


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment