Saturday 19 November 2011

Penduduk lega setelah 50 tahun menunggu


Setelah menunggu hampir 10 hingga 50 tahun berkenaan status tanah dan rumah pusaka yang diduduki, akhirnya penduduk di sekitar Petaling Jaya dan Puchong menarik nafas lega dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini kerana sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) di daerah Petaling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kira-kira 70 penduduk menerima surat pembaharuan tempoh pajakan kepada 99 tahun daripada kerajaan Selangor. Sebelum ini, penduduk di PJ dan Puchong telah berkali-kali memohon kepada kerajaan negeri Barisan Nasional terdahulu malah ada yang berjumpa dengan sultan bagi memperbaharui pajakan rumah mereka.

Keluarga Fuu See Chu atau Phoon Toh Pong yang berasal dari Petaling Jaya telah memohon berkali-kali selama 50 tahun kepada kerajaan dulu untuk memperbaharui pajakan rumah mereka. Seorang lagi penduduk, Maszelan Mohamed, 52 tahun dari Seksyen 3 berkata pembaharuan pajakan menunjukkan keprihatinan pentadbiran sekarang terhadap masalah rakyat. Dakwanya, mereka secara berkumpulan pernah menghantar wakil untuk berjumpa dengan sultan bagi meluluskan permohonan untuk memperbaharui pajakan.

Sementara itu, Yu So Phin, 41 tahun dari Blok 3, Puchong memuji proses permohonan baru yang diperkenalkan. Seorang lagi penghuni Blok 3 Puchong, Yu Am Ping, 69 tahun berkata masyarakat harus memberi peluang kepada pentadbiran sekarang untuk membuktikan kebolehan mereka. Status pajakan kediaman di Petaling Jaya terumatanya rumah-rumah yang berusia 30 tahun dan keatas merupakan isu lama yang tidak diselesaikan pentadbiran kerjaan dahulu.

Pada majlis yang sama, menteri besar juga turut melancarkan logo Selangorku peringkat Daerah Petaling. Turut diadakan majlis dialog bersama menteri besar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Pegawai Daerah Petaling. Daerah Petaling terdiri daripada 3 pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment