Saturday 19 November 2011

Selangor giat promosi produk warisan

Salam,ikuti liputan TV Selangor dibawah.

Kerajaan negeri sedang giat mempromosikan produk warisan dan kebudayaan melalui pesta dan karnival dalam usahanya untuk menarik lebih ramai pelancong ke Selangor. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizebeth Wong berkata perancangan daripada aspek promosi sentiasa dipertingkatkan malah giat dilaksanakan sama ada di dalam dan diluar negara. Destinasi dan produk-produk pelancongan tersebut ialah Muzium Sultan Alam Shah, Muzium Daerah Sabak Bernam, Muzium Daerah Kuala Selangor, Istana Bandar (Jugra), Bukit Melawati (Bukit Belanda), Herittage Walk, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Dong Zeng Monastery dan Bukit Fraser.

Elizabeth berkata demikian ketika menjawab soalan Gan Pay Ni iaitu ADUN Rawang. Pelbagai acara juga dianjurkan dilokasi-lokasi tersebut seperti karnival fotografi, Warisan Selangor, Pesta Kajang, Festival Bon Odori dan sebagainya. Disamping itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menganjurkan pelbagai program seperti Bazar Kraf Negeri Selangor, Kembara Kraf Negeri Selangor, Bersama Media dan Pelancaran Logo Kraf Negeri Selangor.

            Bagi saya, kita mestilah memelihara seni budaya dan warisan supaya tidak tenggelam ditelan zaman. Walaupun Selangor sudah dianggap maju dan moden, tetapi warisan budaya tidak boleh sesekali dipandang ringan...Salam


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment