Saturday 19 November 2011

Selangor catat jumlah projek tertinggi di Malaysia



Selangor berjaya mencapai jumlah projek tertinggi yang diluluskan di Malaysia iaitu sebanyak 158 projek berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian  Malaysia (MIDA) bagi tempoh Januari hingga Jun 2011. Perkara itu diumumkan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Teresa Kok kepada pemberita dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang tadi.Menurut Teresa, daripada 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor merupakan 31% daripada jumlah projek yang diluluskan bagi seluruh Malaysia.

            Selain itu, Selangor turut mencapai jumlah pelaburan asing kedua tertinggi di negara ini berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 3.4 bilion. Beliau berkata Selangor didahului Pulau Pinang yang mencatat pelaburan sebanyak RM3.6 bilion diikuti Johor sebanyak RM2.9 bilion. Tambahnya Selangor tidak ketinggalan mencatat peluang pekerjaan yang dihasilkan kedua tertinggi di Malaysia dengan 11,006 pekerjaan

Ujar Teresa, jumlah projek perindustrian di Selangor yang tertinggi di Malaysia menunjukkan ekonomi Selangor masih mantap dan merupakan destinasi pelaburan tertinggi yang popular di negara ini.

Komen saya, tiada istilah “sesebuah kerajaan bertukar akan menjadikan sesebuah negara atau negeri itu bankrap”. Buktinya adalah Selangor dan mungkin juga Pulau Pinang yang telah pun bertukar kerjaan negeri. Bagi saya, bukan negeri itu bankrap, tetapi menjadi lebih maju dan kukuh. Kenapa?...Ini kerana ia berbalik kepada dasar dan konsep sesebuah kerajaan negeri. Kerajaan negeri yang bebas rasuah dan kroni serta tahap birokrasi yang cukup minimum menjadikan kerajaan itu mantap. 

Buktinya amat mudah, lihat saja pada pencapaianya. Kalau dah tertinggi atau antara tertinggi di Malaysia, adakah kerajaan itu lemah? Jangan dilihat pada menifestonya, tetapi lihatlah pada apa yang telah dilaksanakannya. Ini kerana menifesto itu hanyalah janji yang masih belum terlaksana. Fikirlah dengan mata hati...Salam


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment