Saturday 19 November 2011

Little India Klang berwajah baru


Little India atau lebih sinonim sebagai syurga membeli belah bagi masyarakat India tempatan dan luar bakal menarik lebih ramai pengunjung dengan pengenalan wajah baru melalui proses naik taraf yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Proses menaik taraf gedung membeli belah terkemuka di Jalan Tengku Kelana itu antaranya melibatkan pembinaan pintu gerbang yang menjadi simbolik kepada Little India selain pembinaan kolam bawah tanah di kawasan berhampiran bagi mengelakkan masalah banjir.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung khususnya pengunjunr luar negara bagi merancakkan sektor pelancongan di negeri Selangor. Katanya, projek yang bakal dibangunkan itu menelan kos kira-kira RM3.1 juta melalui sumbangan Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPENS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

            Abdul Khalid berkata demikian selepas melancaran projek pembinaan pintu gerbang Little India disamping turut mengadakan lawatan ke setiap gedung membeli belah untuk bermesra dengan rakyat di kawasan itu. Program itu turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chan Kim, barisan Exco Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar, Rodziah Ismail, Ronnie Liu dan Yaakop Sapari serta ADUN dan Ahli Parlimen Selangor serta ahli-ahli majlis. Program yang mendapat kerjasama syarikat telekomunikasi DIGI dan MPK ini dihadiri lebih 3000 pengunjung yang rata-rata membanjiri kawasan itu untuk beramah mesra bersama menteri besar.

Dalam pada itu, exco negeri Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar dalam ucapannya menegaskan Little India Klang adalah satu-satunya Little India sebenar yang wujud di Malaysia dengan mengekalkan nilai-nilai tradisi masyarakat India. Menurutnya, pembinaan pintu gerbang yang bakal siap menjelang hujung tahun ini bakal meningkatkan populariti Little India selain mengankat kawasan itu setaraf kawasan membeli belah di ibu kota.


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment