Saturday, 19 November 2011

Hasil negeri untuk rakyat


 Pemberian 20m3 air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat. Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah kerajaan negeri sesuai dengan dasar “hasil negeri untuk rakyat” menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Dasar ini bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI). Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat sentiasa memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh itu, pemberian air percuma ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008. Mengulas lanjut, Pejabat Menteri Besar menyifatkan isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam laporan Ketua Audit Negara sebagai sesuatu yang sepatutnya timbul.

Jesteru, Pejabat Menteri Besar mencabar Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar turut sama mendedahkan peruntukan yang disalurkan oleh unit penyelarasan pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.

            Bagi saya, laporan Ketua Audit Negara tu benar dari sudut untung rugi syarikat. Tetapi bagi saya ia tidak boleh diperbesarkan seolah-olah ia satu kesalahan dan kegagalan besar kerajaan negeri. Adakah salah sebuah syarikat kerajaan negeri menanggung hutang kerana mahu membantu rakyatnya?..Apa yang peliknya? Kalau rugi kerana rasuah ataupun penyelewengan itu barulah dianggap gagal.

            Satu lagi, Kerajaan Selangor mempunyai banyak lagi anak syarikat lain yang meraih keuntungan besar. Sudah tentulah syarikat-syarikat ini akan memstabilkan mana-mana yang rugi. Inikan asas ilmu perniagaan!!..Salam


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

Penduduk lega setelah 50 tahun menunggu


Setelah menunggu hampir 10 hingga 50 tahun berkenaan status tanah dan rumah pusaka yang diduduki, akhirnya penduduk di sekitar Petaling Jaya dan Puchong menarik nafas lega dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini kerana sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) di daerah Petaling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kira-kira 70 penduduk menerima surat pembaharuan tempoh pajakan kepada 99 tahun daripada kerajaan Selangor. Sebelum ini, penduduk di PJ dan Puchong telah berkali-kali memohon kepada kerajaan negeri Barisan Nasional terdahulu malah ada yang berjumpa dengan sultan bagi memperbaharui pajakan rumah mereka.

Keluarga Fuu See Chu atau Phoon Toh Pong yang berasal dari Petaling Jaya telah memohon berkali-kali selama 50 tahun kepada kerajaan dulu untuk memperbaharui pajakan rumah mereka. Seorang lagi penduduk, Maszelan Mohamed, 52 tahun dari Seksyen 3 berkata pembaharuan pajakan menunjukkan keprihatinan pentadbiran sekarang terhadap masalah rakyat. Dakwanya, mereka secara berkumpulan pernah menghantar wakil untuk berjumpa dengan sultan bagi meluluskan permohonan untuk memperbaharui pajakan.

Sementara itu, Yu So Phin, 41 tahun dari Blok 3, Puchong memuji proses permohonan baru yang diperkenalkan. Seorang lagi penghuni Blok 3 Puchong, Yu Am Ping, 69 tahun berkata masyarakat harus memberi peluang kepada pentadbiran sekarang untuk membuktikan kebolehan mereka. Status pajakan kediaman di Petaling Jaya terumatanya rumah-rumah yang berusia 30 tahun dan keatas merupakan isu lama yang tidak diselesaikan pentadbiran kerjaan dahulu.

Pada majlis yang sama, menteri besar juga turut melancarkan logo Selangorku peringkat Daerah Petaling. Turut diadakan majlis dialog bersama menteri besar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Pegawai Daerah Petaling. Daerah Petaling terdiri daripada 3 pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

Wednesday, 16 November 2011

Rumah Mampu Milik di Kg. Seri Temenggong


 Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai persetujuan dengan penduduk peneroka bandar setinggan Kg. Seri Temenggong, Gombak untuk membina rumah mampu milik di kawasan itu menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Iskandar ditemui dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata kerajaan negeri mengkhususkan untuk membina sejumlah 450 unit rumah mampu milik bagi menggantikan kediaman setinggan 29 buah keluarga yang menetap disitu.

            Menurutnya rumah mampu milik yang akan dibina dikawasan lapang itu nanti berharga antara RM90,000 hingga RM120,000 dengan keluasan antara 850 dan 1000 kaki persegi. Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata pembinaan rumah mampu milik ini adalah bukti kejayaan kerajaan negeri kerana 29 keluarga penduduk itu tidak dapat dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu.

            Bagaimanapun kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat berjaya menawarkan rumah mampu milik dengan tawaran potongan harga. Tambah Iskandar, rumah mampu milik di kampung berkenaan adalah sebahagian daripada 2000 unit rumah jenis itu yang akan dilancarkan selewat-lewatnya Mac 2012. Pada masa ini, kerajaan negeri telah memulakan pembinaan 124 unit rumah berkenaan di Bangi.

            Kerajaan Selangor bersama PKNS mengambil inisiatif positif dengan mengenalpasti beberapa lokasi lain di negeri ini bagi membina rumah mampu milik antaranya Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Antara Gapi dan Bernam Jaya di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Taman Sains 2 di Sepang.

            Komen saya, ini salah satu lagi cara yang baik untuk memastikan setiap rakyat mendapat tempat tinggal yang selesa dan sempurna. Kerajaan memang wajib memberikan khidmat ini kerana ia merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab sesebuah kerajaan kepada rakyatnya yang penat bekerja dan membayar cukai.


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

Ladang Jana Tenaga Solar (Solarfarm)


Kerajaan negeri telah menerima 10 permohonan daripada syarikat-syarikat yang berminat membina ladang jana tenaga solar atau solarfarm di Selangor. Jumlah itu diluar kerajaan negeri ketika berhasrat untuk mebina ladang tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif.

Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan Seminar Selangor Confenrence On Alternative and Renewable Energy Cell K2. Bagi permulaan pembinaan ladang tenaga solar itu, kerajaan negeri membenarkan syarikat-syarikat terbabit menggunakan tapak berkeluasan 60 ekar yang dahulunya merupakan tempat pelupusan sampah.

Katanya, kerajaan negeri akan menggunakan sumber tenaga alternatif bagi menjana pembangunan ekonomi masa depan dan mengurangkan penggunaan sumber tenaga sedia ada sebagai langkah penjimatan dan memastikan alam sekitar yang sihat. Seminar ini dianjurkan oleh Exco Sains, Teknologi dan Inovasi selain mengundang beberapa tokoh tempatan termasuk ahli politik dan penceramah daripada Australia dan New Zealand.

            Bagi saya, tenaga alternatif amat penting bagi memastikan kita tidak bergantung kepada satu-satu sumber sahaja. Selain mesra alam, ia juga menjimatkan wang kerajaan dan bagi saya wang itu boleh digunakan untuk perkara atau agenda yang lebih penting lagi bagi rakyat Selangor.


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

Selangor gagal rampas Piala Sultan Selangor


Salam, baru-baru ini Selangor sekali lagi menganjurkan pertandingan Bola Sepak Piala Sultan Selangor. Pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Seksyen 13 ini dihadiri oleh penyokong-penyokong bola sepak tanah air khususnya penyokong Selangor.

            Pada perlawanan akhir, Selangor ditentang hebat oleh pasukan Singapura. Turut berangkat pada malam itu adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibn Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

            Akan tetapi, Selangor yang menjadi tuan rumah gagal untuk merampas piala tersebut apabila ditewaskan oleh pasukan daripada selatan tanah air iaitu Singapura. Untuk melihat aksi-aksi pasukan Selangor menentang Singapura, disini saya sediakan video daripada TV Selangor. Salam


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]

Friday, 7 October 2011

Air Terjun Sungai Congkak


             Salam...Selangor ini bukan sahaja popular dengan aktiviti perniagaan dan perdagangan sahaja tetapi ia juga merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli dan alam sekitar. Selangor juga mempunyai hutan yang tebal terutamanya dikawasan yang bersempadan dengan negeri Pahang seperti Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat. Apabila ada hutan, sudah tentu ada sungai di dalamnya.

            Selain menjadi tapak tadahan air untuk kegunaan kepada rakyat Selangor, sungai ini juga menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Sebagai contoh Air Terjun Sungai Congkak. Tapak rekreasi ini memang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Selain Sungai Congkak ini, Selangor mempunyai banyak lagi pusat rekresi yang seumpamanya seperti di Sungai Tua, Ulu Yam dan banyak lagi.


            Sungai Congkak ini terletak di daerah Hulu Langat. Kalau kita datang dari arah Ampang, kita akan merentasi sebuah bukit yang cukup tinggi sebelum sampai ke Pekan Hulu Langat ini. Sungai Congkak ini memang amat sesuai sebagai tempat merehatkan fikiran setelah sibuk bekerja di bandar yang penuh sesak. Selain itu, tapak rekreasi ini juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk program perkhemahan khususnya dari golongan pelajar dan mahasiswa.

            Saya rasa Selangor memang unik kerana selain mempunyai bandar-bandar yang pesat membangun, ia juga masih menyimpan khazanah alam yang cukup terpelihara. Pergilah melancong ke Air Terjun Sungai Congkak....Salam


“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

Program Jom Shopping DUN Sungai Pinang


             Program Jom Shopping bersama ADUN yang diperkenalkan Kerajaan Selangor pada 15 Julai lalu bagi meraikan sumbangan warga emas kepada negeri itu diteruskan dengan kali ini memperlihatkan pemberian baucer sejumlah RM100 kepada 100 warga emas yang berdaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Program yang berlangsung di pasaraya TESCO Setia Alam itu memberi peluang kepada warga emas untuk berbelanja tanpa sekatan sambil beramah mesra bersama pemimpin.

            Program anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang yang bermula pada pukul 11 pagi itu disertai Speaker DUN Selangor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Dato’ Teng Chang Khim. Menurut Teng Program Jom Shopping kendalian DUN Sungai Pinang adalah program kali kedua yang dianjurkan di kawasan itu dalam tempoh sebulan dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga emas berbilang kaum. Teng berkata Jom Shopping menjadi program paling popular di kalangan warga emas sehingga kini dan beliau berharap supaya ia diteruskan walaupun peruntukan bagi pelaksanaan program ini adalah terhad.

            Jelas Teng Program Jom Shopping Sungai Pinang yang diadakan buat pertama kali pada bulan lalu memberi tumpuan khusus kepada warga emas berbangsa Melayu sempena sambutan Aidilfitri. Manakala pemberian baucer kali kedua ini lebih tertumpu kepada warga emas berbangsa Cina memandangkan bilangan mereka yang berdaftar di bawah SMUE adalah besar di kawasan itu.

            Program Jom Shopping merupakan sebahagian daripada program untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan SMUE melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008. Sebanyak RM10 juta telah diperuntukan untuk program ini pada 100,000 warga emas melalui keuntungan perlombongan pasir disalurkan anak syarikat Menteri Besar Incooperated (MBI), Kumpulan Semester Sdn. Bhd. (KSSB).

            Tujuan program ini bukan sahaja untuk memastikan golongabn warga emas boleh berbelanja melalui pemberian baucer sebanyak RM100, tetapi turut memberi peluang kepada meraka untuk bersosial bersama kepimpinan kawasan terpilih.   
           

“Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan”

[Sumber: TV Selangor]