Monday 8 August 2011

Berbuka bersama Baginda Sultan Selangor...


Salam....Diam tak diam, Ramadhan kembali menjenguk kita. Seperti tahun-tahun sudah, majlis berbuka puasa bersama baginda Sultan Selangor memang menjadi salah satu aktiviti di dalam bulan yang mulia dan barakah ini. Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibn Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan mencemar duli bersama rakyat jelata di dalam suatu majlis berbuka puasa. Majlis diadakan pada 3 Ogos 2011 bertempat di Masjid Salahudin Abdul Aziz Shah.

Ketibaan DYYM Sultan Selangor di Masjid Salahudin Abdul Aziz Shah

Baginda berkenan menyampaikan wang zakat kepada 412 fakir, miskin, muallaf dan anak yatim dari daerah Petaling. Penerima asnaf zakat mendapat RM300 setiap seorang manakala anak yatim mendapat RM100 setiap orang.

Baginda Sultan Selangor berkenan menyampaikan zakat kepada asnaf dan anak yatim

Turut hadir pada majlis itu ialah YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, SUK Selangor, Dato’ Khusrin Munawi, Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Negeri Selangor, Dato’ Seri Tamyes Abdul Wahid.

Baginda Sultan Selangor bersama YAB Menteri Besar Selangor sedang mengaminkan doa

Pada majlis itu juga, baginda sultan turut berkenan menerima zakat perniagaan daripada beberapa syarikat korporat antaranya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan anak-anak syarikatnya berjumlah RM8.3 juta, Worldwide Holding Berhad berjumlah RM1.1 juta dan Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. Berjumlah RM165,000.

Antara syarikat korporat yang menyerahkan zakat perniagaan pada majlis tersebut

Iftar Ramadhan ini merupakan salah satu program Ihya’ Ramadhan 2011 dalam siri jelajah baginda Sultan Selangor ke seluruh negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)...Salam

“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....

[Sumber: Laman Web Masjid Salahudin Abdul Aziz Shah]

No comments:

Post a Comment