Tuesday 9 August 2011

Canselor unisel yang baru...

              Salam...Universiti Selangor ataupun singkatannya unisel ialah universiti milikan penuh kerajaan negeri Selangor. Unisel mempunyai 2  kampus iaitu di Seksyen 7, Shah Alam dan Bestari Jaya. Pada awal tahun 2011, canselor unisel baru telah pun dilantik oleh baginda Sultan Selangor,  DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibn Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.


Canselor unisel yang baru.

            Baginda berkenan melantik Raja Tan Sri Arshad Al-Haj bin Raja Tun Uda Al-Haj sebagai canselor unisel yang baru. Tempoh pelantikan berkuatkuasa dari 1 Mac 2011 sehingga 29 Februari 2016. Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Khazanah Nasional, Pengarah Sime Darby Berhad, Anggota Panel Kajian Semula Percukaian, Pengarah Pro Canselor unisel, Pengerusi Yayasan Muda Selangor, Anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta fellow institute akauntan bertauliah England dan Wales.

Pada majlis tersebut, baginda bercadang agar unisel mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti tempatan dan luar negara bagi meningkatan taraf pendidikan di Selangor.Baginda juga mengingatkan kepada semua pimpinan tertinggi unisel agar mengikut segala prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan tidak hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Baginda juga bertitah bahawa unisel bertanggungjawab melahirkan graduan-graduan yang berkaliber bagi memastikan kemajuan industri di Selangor dapat ditingkatkan segaligus dapat menaikkan lagi taraf ekonomi negeri.

            Majlis tersebut berlansung di Bilik Singgahsana Istana Kayangan, Shah Alam. Beliau mengisi kekosongan jawatan canselor setelah isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang mana sepatutnya tamat tempoh perkhidmatan pada Februari 2011mengumumkan pengunduran dirinya daripada jawatan tersebut pada November 2010

            Turut hadir pada majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, SUK Selangor, Dato’ Khusrin Munawi dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembagunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.

            Saya berharap dengan pelantikan canselor unisel yang baru ini akan membuatkan universiti ini menjadi lebih berprestij dan dikenali di peringkat antarabangsa..salam




“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....


[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment