Monday 8 August 2011

Klang atau Pelabuhan Klang???


Salam....hari ini saya ada sedikit cerita mengenai Klang dan Pelabuhan Klang. Kenapa ya? Saya tidak boleh lupa ada sebahagian rakyat Malaysia yang masih keliru antara kedua-dua buah bandar ini. Ada yang membayangkan Klang itu ada pelabuhan tetapi ternyata tidak. Jadi, saya cuma ingin menulis serba sedikit mengenai kedua-dua bandar ini bagi mengelakkan lagi kekeliruan itu.

Ini adalah permandangan Bandar Klang. Kelihatan Masjid Klang yang
baru tersergam indah disebelah Sungai Klang

Klang ialah bandar yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Shah Alam. Bandar Klang ini lebih padat daripada Shah Alam. Penduduknya saja sudah mencecah lebih daripada 1 juta orang. Klang ini digelar Bandar di-Raja Selangor kerana disinilah terletaknya istana-istana Sultan Selangor dan monumen-monumen bersejarah. Selain itu, Klang ini merupakan sebuah bandar perniagaan dan perdagangan.

Ini pula adalah salah satu pelabuhan yang terdapat di Bandar Pelabuhan Klang

Pelabuhan Klang pula ialah sebuah bandar lain yang terletak betul-betul di pinggir Selat Melaka. Pelabuhan Klang ini ialah sebuah bandar pelabuhan yang dahulunya dikenali sebagai Port Swettenham. Disini terdapat banyak pelabuhan-pelabuhan mega yang bertaraf antarabangsa iaitu Pelabuhan Barat, Utara, dan Selatan. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi pintu masuk Malaysia melalui jalan laut.

Jadi, diharap informasi ini membantu anda membezakan antara Klang dan Pelabuhan Klang...salam

“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....

No comments:

Post a Comment