Monday 8 August 2011

Selangor catat peningkatan pendapatan melebihi RM200 juta....

Salam....hari ini saya hendak bercerita sedikit tentang kedudukan kewangan negeri Selangor ni. Setelah saban tahun kita asyik mendengar defisit dalam bajet kerajaan pusat, tetapi kerajaan Selangor yang baru ni lain sedikit. Saya ada rasa sedikit kagum dengan cara pengurusan kerajaan negeri yang baru ni kerana kedudukan kewangannya menjadi lebih kukuh dengan perolehan pendapatan yang meningkat pada tahun 2011.

Macam mana boleh menjadi peningkatan pendapatan? Senang saja, bagi saya ia adalah amalan berjimat-cermat dan anti-ketirisan yang dipraktikkan oleh kerajaan negeri Selangor yang baru. Bagi saya, kalau kita tidak membazir, negeri akan bertambah kaya. Akhirnya, rakyat yang mendapat habuannya. Bukankah begitu?

Negeri Selangor mencatat lebihan pendapatan melebihi RM200 juta pada Jun 2011

Sehingga Jun 2011, negeri Selangor memperolehi peningkatan dana atau pendapatan melebihi RM200 juta. Menurut YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri Selangor berjaya meningkatkan pendapatan sehingga 20% iaitu daripada RM1.59 bilion pada Disember 2010 kepada RM1.77 bilion pada Jun 2011. Beliau menjelaskan kaedah yang diaplikasikan dalam menjana lebihan kewangan adalah melalui dana sedia ada pada 2010 iaitu lebih RM1 bilion dilaburkan dalam bentuk wang tunai (wang cair) dalam sistem perbankan, manakala RM600 juta pula dilaburkan dalam pemilikan saham. Lebihan bajet ini digunakan bagi memperbaiki prasarana bagi seluruh negeri Selangor antaranya sistem jalan raya, perparitan dan banyak lagi.

Akan tetapi, Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu berjimat cermat kerana kerajaan negeri hanya mendapat peruntukan yang terhad daripada kerajaan pusat walaupun negeri Selangor merupakan penyumbang cukai pendapatan tertinggi kepada kerajaan persekutuan.

Bagi saya, kedudukan kewangan ini menjadi salah satu kayu pengukur bagi menguji tahap kecekapan dan ketelusan sesebuah kerajaan. Saya ada selitkan video daripada TV Selangor berkaitan peningkatan pendapatan ini. Jadi, anda fikirlah sendiri...salam



“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment