Monday 8 August 2011

Selangor VS Harimau Malaya

Keputusan perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Selangor
pada 6 Ogos 2011 di Stadium Shah Alam


Salam...Sekarang kita cerita sedikit pasal sukan bola sepak di Selangor ni. Pada 6 Ogos 2011 yang lalu bertempat di Stadium Shah Alam, skuad kebangsaan ditumpaskan oleh skuad Selangor pada perlawanan persahabatan pada malam tersebut. Skuad Selangor berjaya membolos gawang skuad kebangsaan pada separuh masa kedua melalui pemainnya Rudie Ramli.

Pada akhir perlawanan, Selangor berjaya menumpaskan skuad kebangsaan 1-0. Menurut ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, tujuan perlawanan persahabatan tersebut adalah untuk mencari kombinasi terbaik antara pemain lama dan baru.

Sementara itu ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim berkata Harimau Malaya masih lagi dalam proses memperkuatkan pasukan dan berharap dapat belajar sesuatu daripada kekalahan kepada Selangor. “Taktikal Selangor menjadi malam ini, manakala pasukan kebangsaan masih mencari kombinasi baru. Banyak lagi kelemahan perlu dibaiki dalam pasukan,” katanya.

Begitulah adat bertanding, ada menang ada kalah. Kita jadikan kekalahan ini sebagai penyuntik semangat untuk menjadi kita lebih baik pada masa akan datang...Salam

“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....

[Sumber: Bernama]

No comments:

Post a Comment