Monday 8 August 2011

Shah Alam...bandar raya idaman......



Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor 

Salam.....Sebut sahaja nama Shah Alam, mesti orang ramai akan teringatkan Stadium Shah Alam ataupun Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dua bangunan ini memang dah menjadi sebati dengan Shah Alam. Paling kurang pun, orang akan teringatkan UiTM Shah Alam. Itulah bandar raya Shah Alam atau dikenali juga sebagai bandar raya anggerik. Bagi saya, ia sebuah bandar yang sangat “integrated” kerana di dalam bandar ini macam-macam benda yang kita akan jumpa.

Shah Alam ini sebenarnya bukanlah sebuah bandar raya yang sudah lama dibuka seperti Melaka dan Kuala Lumpur. Ia adalah bandar baru yang dirancang sekitar tahun 70an dahulu. Untuk makluman, Shah Alam ni baru saja diiktiraf sebagai ibu negeri Selangor pada tahun 1978 selepas bandar raya  Kuala Lumpur akibat pengisyhtiharaan Kuala Lumpur sebagai wilayah persekutuan pada tahun 1974. Tambahan pula, Shah Alam ini mendapat status Majlis Bandaraya pada tahun 2000. Jadi, Shah Alam ini baru bergelar bandar raya sejak 11 tahun yang lalu.

Akan tetapi, bandar yang dirancang terlebih dahulu sebelum dibuka memang banyak kelebihannya bagi pandangan saya. Sebab itulah kalau kita lihat bandar Shah Alam sangat teratur dan sistematik. Sebelum itu saya nak tanya, mana datangnya nama “Shah Alam” ni?. Kalau nak tau, Shah Alam ini nama dia unik sebab ia adalah perkataan yang diterbalikkan daripada perkataan Alam Shah. Bagi saya ia amat menarik sebab kedua-dua perkataan itu sedap untuk disebut dan digunapakai. Alam Shah adalah salah satu nama baginda Sultan Selangor.

Shah Alam yang mempunyai 56 seksyen memang merupakan satu bandar contoh kerana perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Shah Alam ini diapit oleh dua bandar besar iaitu Klang dan Subang yang menjadikan ia sebuah bandar raya yang amat strategik dari segi geografinya. Bandar raya yang bekeluasan kira-kira 290km2 ini mempunyai penduduk yang tidaklah terlalu ramai iaitu kurang daripada 1 juta orang.

Datuk Bandar Shah Alam yang terkini. Beliau merupakan
Datuk Bandar Shah Alam yang ke-6

Shah Alam ini amat unik kerana ia bukan sahaja menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor, malahan ia juga turut menjadi pusat perindustrian, pendidikan, perumahan, perdagangan dan banyak lagi. Shah Alam semestinya menjadi tempat wajib bagi setiap pengunjung apabila datang ke negeri Selangor ini.

Shah Alam mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi antaranya Masjid Salahudin Abdul Aziz Shah ataupun masjid biru yang merupakan masjid negeri dan mempunyai kubah terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, Shah Alam juga dicop sebagai bandar raya sukan dengan terbinanya Stadium Shah Alam, Stadium Melawati dan Pusat Akuatik Shah Alam di Seksyen 13.

Shah Alam juga digelar sebagai bandar pendidikan kerana banyak institusi pengajian tinggi dibina dan dibuka di kawasan ini. Antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Management and Science University (MSU), Universiti Selangor (UNISEL) dan banyak lagi. Walaupun Shah Alam sedang giat dibangunkan, tetapi penjagaan alam sekitar tetap dijadikan elemen dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Buktinya, Taman Cahaya Seri Alam di Bukit Cerakah tetap dikawal bagi memastikan alam sekitar dipelihara di bandar raya Shah Alam ini.

Tidak perlulah saya nak cerita panjang lebar berkaitan dengan Shah Alam ini. Saya cadangkan anda sendiri yang pergi melawat ke bandar raya ini jika ada kesempatan. Pengalaman saya yang mana mendiami bandar raya ini selama 2 tahun sudah cukup bagi saya merasai keunikannya. Salam

“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....

[Sumber: Portal Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam]

No comments:

Post a Comment