Tuesday 9 August 2011

Majlis pecah tanah projek perumahan Bukit Botak

Salam...hari ini saya tergerak untuk menceritakan masalah perumahan di Bukit Botak, Selayang. Ianya amat penting bagi rakyat Selangor khususnya bagi mengetahui salah satu usaha kerajaan Selangor dalam menyelesaikan masalah rumah terbengkalai. Kerajaan Selangor sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai walaupun kerajaannya baru berusia 3 tahun. Pada 1 November 2010, satu majlis pecah tanah diadakan di Bukit Botak oleh YAB Menteri Besar Selangor. Ikuti liputan TV Selangor dibawah ini:

YAB Menteri Besar Selangor melekatkan batu bata sebagai simbolik majlis pecah tanah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan Bukit Botak, Selayang yang akan menjadi penempatan kepada kira-kira 2300 keluarga yang telah menunggu lebih 20 tahun untuk memiliki rumah. Projek ini adalah sebahagian daripada Pakej Ransangan Ekonomi yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat yang memberi fokus kepada pembangunan semula projek perumahan terbengkalai seperti Bukit Botak.

Pada awalnya, kerajaan menghadapi kesukaran untuk membantu baik pulih projek terbengkalai ini kerana hak milik terhadap lot-lot tanah telah diserahkan kepada syarikat pemaju yang terdahulu. Tan Sri Abdul Khalid mengambil tindakan berani mengarahkan tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri sebagai jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan penduduk Bukit Botak.

YAB Menteri Besar Selangor berjalan ke tapak projek. 

Lebih setahun selepas keputusan pengambilan tanah dibuat, penduduk hari ini boleh melihat kerja rumah mereka sudah bermula. Projek ini bukti hasil kesungguhan dan komitmen kerajaan Selangor menyelesaikan masalah rumah terbengkalai sejak 25 tahun yang gagal diselesaikan oleh 4 menteri besar sebelum ini.

Anak syarikat kerajaan Selangor, PKNS diminta membuat satu pelan pembangunan menyeluruh bertujuan menyediakan rumah yang selesa dengan harga berpatutan. Projek pembangunan Bukit Botak ini adalah sebahagian daripada perancangan luas kerajaan Selangor yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat  dengan penyediaan akses lebih baik kepada kemudahan kesihatan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melihat tapak projek bersama penduduk Kg. Bukit Botak.
Turut kelihatan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB Iskandar Samad

Rumah teres setingkat ini dibina dengan keluasan lantai 850 kaki persegi, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan reka bentuk moden pada harga RM99,000. Penduduk juga disediakan kemudahan lain seperti 2 tapak surau, 1 tapak tadika dan 1 kawasan lapang. PKNS akan membeli semula unit rumah tersebut pada harga sehingga RM170,000 sekiranya pemilik tanah tidak mahu tinggal di kawasan ini.

Penantian selama 20 tahun, 2300 penduduk Kg. Bukit Botak dekat Selayang untuk memiliki rumah akhirnya menemui noktah pada hari ini. Pada majlis yang diadakan di tapak pembangunan Bukit Botak petang tadi, penduduk rata-ratanya melahirkan perasaan gembira dan syukur kerana penantian sekian lama itu berakhir.

Salah satu tapak projek perumahan yang sedang dalam pembinaan

Komen saya, segala usaha dalam menyelesaikan masalah rakyat mestilah disokong tanpa ada rasa curiga dan syak wasangka. Kecekapan sesuatu kerajaan diukur berdasarkan kerja yang mereka lakukan. Cuba anda fikirkan, masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Botak selama hampir 20 tahun, kini dapat diselesaikan dalam masa kurang daripada 3 tahun. Apa sebabnya?..Fikirlah sendiri....Bagi saya, pilihlah kerajaan yang banyak buat kerja bukan banyak cakap sahaja....Salam




“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....


[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment