Tuesday 9 August 2011

Selangor bina lebih banyak rumah mampu milik




Kerajaan Selangor akan membina lebih banyak rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini sejajar dengan komitmen kerajaan Pakatan Rakyat untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat .

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor sedang mengenalpasti beberapa lokasi yang sesuai untuk membina rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki rumah sendiri. Khalid berkata setakat ini kerajaan negeri telah mengenalpasti 6 lokasi untuk pembinaan perumahan mampu milik iaitu di Bangi, Antara Gapi, Kota Puteri (K.Selangor), Taman Sains Selangor 2, Bernam Jaya dan Gombak.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pecah tanah projek perumahan rumah mampu milik di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi semalam. Sekurang-kurangnya sebanyak 124 unit pangsapuri mampu milik berharga kurang RM100,000 akan dibina di atas tapak seluas 4 ekar yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Keutamaan untuk memiliki rumah ini akan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah antara RM250-RM500 sebulan, ibu tunggal dan keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Pangsapuri mampu milik ini berkeluasan antara 750-850 kaki persegi adalah antara pembaharuan yang akan dilaksanakan kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat dan ia terkandung dalam Buku Jingga yang menjadi manifesto Pakatan Rakyat



“Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.....

[Sumber: TV Selangor]

No comments:

Post a Comment